KOMPANG

TEKNIK PERMAINAN KOMPANG

Kompang dipegang di sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Terdapat dua bunyi yang dihasilkan oleh kompang pada asasnya iaitu ‘pak’ dan ‘bung’. Bunyi ‘bung’ mestilah lebih ringan daripada bunyi ‘pak’.

Apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka, bunyi ‘pak’ akan dihasilkan. Hasil daripada pukulan tapak jari yang menentukan kekuatan bunyi tersebut. Dengan menyentuh tapak ibu jari, dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul, ia boleh menghasilkan bunyi yang tepat.


Apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu satu pertiga daripada permukaan dipukul dengan jari, maka bunyi ‘bung akan terhasil. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Cara memegang kompang dan posisi pemain kompang boleh dilihat pada penyataan di bawah;

POSISI PEMAIN KOMPANG

  • Dipersembahkan secara beramai-ramai atau esembel
  • Antara 10 hingga 20 orang pemain sahaja pada kebiasaannya
  • Posisi semasa persembahan kompang adalah sama ada duduk atau berjalan sambil berarak

SUSUNAN PEMAIN KOMPANG

Bagi menghasilkan paduan bunyi yang harmoni, terdapat tiga paluan boleh digabungkan antaranya adalah;

* Melalu - untuk memainkan rentak asas

* Menyilang - memainkan rentak silihan (up beat ) kepada pukulan melalu dan bersilang.

* Meningkah - paluan ini dimainkan di antara kumpulan melalu dan menyilang untuk menjadi

penghias rentak untuk menjadikan rentak menjadi semakin menarik.

Terdapat tiga bahagian pukulan pada setiap persembahan kompang iaitu pukulan ‘mula’ di mana ianya dimainkan untuk memulakan sebuah lagu, pukulan lagu dan pukulan ‘mati’ di mana ia dimainkan untuk mengakhiri sesebuah lagu.







0 comments:

Post a Comment