REKODER


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH

Rekoder adalah alat muzik yang ringkas yang diketahui kewujudannya 1000 tahun dahulu. Ia adalah berbentuk seperti ‘duck flute’ dengan lubang-lubang yang dibuka dan ditutup muncul pada abad ke 11 ketika zaman ‘French Miniature’.

Besar kemungkinan orang-orang Normans telah membawa dan memperkenalkan alat ini ke England, di mana merupakan nsatu-satu negara yang menggelarkan alat ini pada ketika itu sebagai ‘Rekoder’.Orang-orang Eropah memanggilnya pula dengan istilah ‘Flute ‘a bec’ atau ‘Schnabelflote’. Di England nama rekoder telah digunakan semenjak tahun 1388 lagi dan merupakan barang-barang berharga milik ‘Earl Of Derby’ dan akhirnya dikenali sebagai ‘Henry IV’.

Rekoder merupakan alat muzik yang paling popular semasa zaman ‘European Renaissance’ dan muzik ‘Baroque’. Rekoder pada ketika itu merupakan alat tiupan yang asalnya diperbuat dari kayu lompong atau yang lebih berharga ianya diperbuat daripada gading gajah dengan muncungnya (lubang tiupan) seperti paruh burung. Pembuat-pembuat rekoder dari France pada abad ke-17 telah mengubahsuai dan memperbaiki pembikinannya dengan membahagikan nkepada tiga bahagian. Contoh-contoh abad ke-20 menyaksikan rekoder kini diperbuat dari pelbagai jenis kayu atau yang lebih mudah diperolehi ianya daripada plastik.

JENIS-JENIS REKODER YANG AWAL

Sehingga tahun 1470, Rekoder sebenarnya mempunyai enam lubang secara terbahagi dua dengan sebuah lubang untuk ibu jari. Pada tahun yang sama selepas itu di Italy pembuat-pembuat rekoder telah menambah lubang rekoder kepada tujuh. Di Italy, menyaksikan rekoder dibuat dalam jenis yang berbeza. Biasnya tukang-tukang pembuat rekoder membuat rekoder dengan lubang-lubnag penjarian yang luas tetapi di utara Italy,rekoder dibuat dengan lubang-lubang.

Rekoder di zamna Renaissance telah dimainkan lebih secara kumpulan daripada permainan solo. Henry VIII merupakan seorang pemain rekoder yang baik dan mempunyai beberapa set di antara empat batang hingga ke sembilan batang rekoder pelbagai tiun untuk disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahun 1668, rekoder telah digunakan secara meluas di dalam persembahan teater dan merupakan alat muzik yang sangat penting.

REKODER DALAM ORKESTRA

Sehingga abad ke -16, rekoder telah dibuat di dlama lima saiz yang berbeza iaitu Descant, Alto, Tenor, Bess, Contrabass. Di abad 16 dan 17, ekoder telah dimainkan secara meluas oleh kumpulan-kumpulan amatur dan profesional. Pada abad ke-18 pula, rekoder telah menjadi alat muzik yang penting di dalam permainan orkerstra. Penggubah muzik pada ketika itu seperti Bach dan Handel telah banyak menggubah lagu dengan berjenis-jenis ‘sonata’ yang dijadikan skor khusus untuk alat muzik ini.

Sekitar tahun 1750 di France yang dikenali sebagai ‘flute d’ Angleterre’ telah tidka popular lagi dan telah dilupakan (tidak digunakan lagi) kerana kemunculan alat tiupan baru menyerupai ‘flute’ yang mempunyai ‘dynamic range’ dan kawalan pic yang lebih baik.Sehingga 1790 rekoder tidak digunakan lagi di dalam permainan orkestra dalam erti kata lain ‘telah hilang dari permainan orkestra’.

KEMUNCULAN SEMULA REKODER PADA ABAD KE-20

Jika tidak kerana minat seorang pemuzik yang bernama Arnold Dolmetsch (1858-1940), tempat untuk rekoder hanyalah di mizium. Dolmetsch telah merintis dan mendahului pembikinan semula keseluruhan alat-alat ini. Jika tidak kerana usaha-usaha beliau mempopularkan semula rekoder, mungkin lagu-lagu yang telah ditulis khusus untuk alat muzik ini oleh pemuzik terdahulu seperti Bach, mungkin tidak kedengaran lagi.

Pada tahun 1919, Dolmetsch telah membuat rekoder pertamanya dengan penampilan persembahan gabungan empat jenis rekoder telah dipersembahkan pada tahun 1926. Anaknya yang bernama Carl, merupakan seorang pem,ain rekoder yang hebat pada zaman itu. Beliau telah merintis usaha-usaha bapanya, di mana rekoder dimainkan semula dengan berkesan di dalam permainan orkestra bertali (string orchestra) yang moden.

Populariti yang telah diperbaharui secara inovatif ini, telah menjurus kepada pembuatan rekoder dari bahan murah seperti plastik, yang telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah. Pada tahun 1930, rekoder telah dijadikan sebagai alat muzik pertama yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah-sekolah. Sehubungan denga itu, rekoder telah digunakan secara meluas di institusi-institusi sekolah dikebanyakan negara Eropah dan di negara-negara lain di serata dunia sebagai alat muzik di dalam mata pelajaran muzik



0 comments:

Post a Comment