Di sini saya ada menyediakan sistem fail yang perlu disediakan di setiap sekolah untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Saya harap saya dapat membantu cikgu-cikgu yang masih keliru bagaimana mahu menyediakan fail KSSR.
a) Fail Induk
**disimpan di pejabat sekolah
1. Takwim (a) mesyuarat (b) perjumpaan (c) ujian / peperiksaan (d) pelan taktikal |
**takwim sekolah
**disediakan oleh setiap guru KSSR |
2. Struktur / Carta organisasi | **dibentuk dalam mesyuarat kali pertama PBS |
3. Biodata dan rumusan maklumat guru | **diisi oleh setiap guru KSSR |
4. Jadual (a) peribadi guru (b) jadual kelas |
** drpd PK1 |
5. (i) Minit Mesyuarat & Minit Curai (a) kurikulum (b) Jawatankuasa PBS
(ii) Perancangan kewangan PBS
| ** Minit Curai disediakan oleh semua guru yang menghadiri kursus KSSR Tahun 1
** Minit mesyuarat PBS disediakan oleh Setiausaha, minit kurikulum drpd PK1 (mesti sentuh perkara PBS)
**perancangan kewangan disediakan oleh penyelaras PBS |
6. Peperiksaan (a) Jadual peperiksaan (b) Laporan analisis peperiksaan |
**drpd PK1 **markah setiap matapelajaran dicatat dan buat analisa (graf/jadual) |
7. Senarai Bahan Rujukan / Bahan Bantu Mengajar | **disediakan oleh setiap guru KSSR |
8. Jadual Pencerapan | **drpd PK1 |
9. Perkembangan staf (a) jadual kursus (b) laporan kursus (c) bahan edaran | ** bahan edaran (semua bahan seperti nota,CD, buku, etc)
**laporan kursus disediakan oleh setiap guru yang menghadiri kursus (rujuk contoh) |
10. Surat / Pekeliling | **Surat panggilan kursus ,pekeliling |
11. Program (a) Kertas kerja (b) Laporan (c) Post mortem (d) tindak susul | **Contoh: program anak angkat, rakan sebaya, pondok bestari, anugerah cemerlang, motivasi, pertandingan 3M (kuiz, peraduan, teka-teki), mentor-mentee, etc |
(b) Fail Murid
**mesti disimpan dalam kelas masing-masing dan dikendalikan oleh guru kelas
**mempunyai 10 bahagian (1 matapelajaran 1 bahagian)
**digunakan untuk menyimpan hasil kerja dan kertas peperiksaan murid (guru matapelajaran bertanggungjawab untuk menyimpannya dalam fail)
** digunakan untuk 6 tahun. Sekiranya penuh, keluarkan bahan lama dan masukkan dalam fail arkib
** guru kelas bertanggungjawab melabelkan fail
** sekiranya murid bertukar ke sekolah lain, sila bawa bersama
(c) Fail Matapelajaran
** setiap matapelajaran untuk setiap kelas ada 1 fail
**disimpan oleh guru matapelajaran masing-masing
**terdapat 5 bahagian:
(a) Standard Kurikulum (syllabus photostat dan masukkan)
(b) Standard Prestasi
**direkacipta oleh guru berdasarkan standard kurikulum
**sediakan penerangan untuk band 1 – band 6 untuk setiap kemahiran secara teliti dan
bersesuaian (pada masa yang sama, merancang assessment yang sesuai untuk penilaian
dan bukti keputusan murid)
(c) Borang Prestasi Kelas
** borang yang digunakan untuk mencatat markah setiap murid dalam kelas
**boleh memberi markah pada bila-bila masa berdasarkan perancangan
**gunakan pencil untuk mengisi markah supaya dapat membuat perubahan
**pada akhir tahun,tetapkan gred terakhir yang dicapai oleh murid dalam setiap kemahiran dan
isi semula dengan pen biru
(d) Borang Prestasi Individu
**digunakan untuk mencatat tarikh, kemahiran yang dinilai dan gred yang dicapai oleh murid
secara indiviu
**boleh digunakan untuk menunjukkan perkembangan murid
**sekiranya murid tukar ke sekolah lain, borang prestasi individu ini mesti dibawa bersama
murid ke sekolah baru
**(b), (c) & (d) perlu dihasilkan oleh guru atas usaha sendiri
(e) Lain-lain
0 comments:
Post a Comment