sistem fail KSSR



Di sini saya ada menyediakan sistem fail yang perlu disediakan di setiap sekolah untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Saya harap saya dapat membantu cikgu-cikgu yang masih keliru bagaimana mahu menyediakan fail KSSR.

a) Fail Induk

**disimpan di pejabat sekolah

1. Takwim

(a) mesyuarat

(b) perjumpaan

(c) ujian / peperiksaan

(d) pelan taktikal

**takwim sekolah

**disediakan oleh setiap guru KSSR

2. Struktur / Carta organisasi

**dibentuk dalam mesyuarat kali pertama PBS

3. Biodata dan rumusan maklumat guru

**diisi oleh setiap guru KSSR

4. Jadual

(a) peribadi guru

(b) jadual kelas

** drpd PK1

5. (i) Minit Mesyuarat & Minit Curai

(a) kurikulum

(b) Jawatankuasa PBS

(ii) Perancangan kewangan PBS

** Minit Curai disediakan oleh semua guru yang menghadiri kursus KSSR Tahun 1

** Minit mesyuarat PBS disediakan oleh Setiausaha, minit kurikulum drpd PK1 (mesti sentuh perkara PBS)

**perancangan kewangan disediakan oleh penyelaras PBS

6. Peperiksaan

(a) Jadual peperiksaan

(b) Laporan analisis peperiksaan

**drpd PK1

**markah setiap matapelajaran dicatat dan buat analisa (graf/jadual)

7. Senarai Bahan Rujukan / Bahan Bantu Mengajar

**disediakan oleh setiap guru KSSR

8. Jadual Pencerapan

**drpd PK1

9. Perkembangan staf

(a) jadual kursus

(b) laporan kursus

(c) bahan edaran

** bahan edaran (semua bahan seperti nota,CD, buku, etc)

**laporan kursus disediakan oleh setiap guru yang menghadiri kursus (rujuk contoh)

10. Surat / Pekeliling

**Surat panggilan kursus ,pekeliling

11. Program

(a) Kertas kerja

(b) Laporan

(c) Post mortem

(d) tindak susul

**Contoh: program anak angkat, rakan sebaya, pondok bestari, anugerah cemerlang, motivasi, pertandingan 3M (kuiz, peraduan, teka-teki), mentor-mentee, etc

(b) Fail Murid

**mesti disimpan dalam kelas masing-masing dan dikendalikan oleh guru kelas

**mempunyai 10 bahagian (1 matapelajaran 1 bahagian)

**digunakan untuk menyimpan hasil kerja dan kertas peperiksaan murid (guru matapelajaran bertanggungjawab untuk menyimpannya dalam fail)

** digunakan untuk 6 tahun. Sekiranya penuh, keluarkan bahan lama dan masukkan dalam fail arkib

** guru kelas bertanggungjawab melabelkan fail

** sekiranya murid bertukar ke sekolah lain, sila bawa bersama

(c) Fail Matapelajaran

** setiap matapelajaran untuk setiap kelas ada 1 fail

**disimpan oleh guru matapelajaran masing-masing

**terdapat 5 bahagian:

(a) Standard Kurikulum (syllabus photostat dan masukkan)

(b) Standard Prestasi

**direkacipta oleh guru berdasarkan standard kurikulum

**sediakan penerangan untuk band 1 – band 6 untuk setiap kemahiran secara teliti dan

bersesuaian (pada masa yang sama, merancang assessment yang sesuai untuk penilaian

dan bukti keputusan murid)

(c) Borang Prestasi Kelas

** borang yang digunakan untuk mencatat markah setiap murid dalam kelas

**boleh memberi markah pada bila-bila masa berdasarkan perancangan

**gunakan pencil untuk mengisi markah supaya dapat membuat perubahan

**pada akhir tahun,tetapkan gred terakhir yang dicapai oleh murid dalam setiap kemahiran dan

isi semula dengan pen biru

(d) Borang Prestasi Individu

**digunakan untuk mencatat tarikh, kemahiran yang dinilai dan gred yang dicapai oleh murid

secara indiviu

**boleh digunakan untuk menunjukkan perkembangan murid

**sekiranya murid tukar ke sekolah lain, borang prestasi individu ini mesti dibawa bersama

murid ke sekolah baru

**(b), (c) & (d) perlu dihasilkan oleh guru atas usaha sendiri

(e) Lain-lain



0 comments:

Post a Comment